Secara jujurnya, saya rasa sandal gladiator dipandang rendah dan diketepikan oleh sesetengah golongan tanpa alasan yang baik. Sandal gladiator sama dengan sandal biasa sahaja, tetapi dengan kelainannya yang tersendiri. Sandal gladiator membalut sampai ke gelang kaki dan mempunyai perincian yang lebih teliti. Ini bermaksud lebih banyak kemahiran dan perhatian yang lebih perlu diberikan untuk menghasilkan sepasang sandal gladiator.